KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE-24

Terima kasih kepada pengara kita pada malam itu, iaitu Faizal Ismail, Cheril Samad dan Ally Iskandar kerana menyerikan lagi Majlis dengan beberapa gimik. Saya rasa terhibur sekali.

Persembahan pembukaan daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Lan begitu hebat sekali.

Tahniah kepada Aizat, Stacy dan Faizal Tahir kerana telah memberikan persembahan yang paling bertenaga dan memukau sekali. ( Mereka adalah peserta pilihan saya ).

Kita terus kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 iaitu…

Bagi Kategori Vokal terbaik telah dimenangi oleh Black yang membawa lagu Aku rindu sayang kamu membawa balik sebuah trofi dan wang bernilai RM10,000.

Bagi Kategori persembahan terbaik pula telah dimenangi oleh Aizat melalui lagu Kau Aku yang juga membawa pulang sebuah trofi dan wang berjumlah RM10,000.

Bagi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu pula, jatuh kepada Faizal Tahir melalui lagu Bencinta yang membawa balik sebuah trofi dan wang bernilai RM12,000.

Bagi tempat kedua Anugerah Juara Lagu pula jatuh kepada Yuna melalui lagu Dan Sebenarnya yang memenangi sebuah trofi dan wang bernilai RM15,000.

And The Winner is!!!!!!!!!!!!!!!

Aizat melalui lagu Pergi yang membawa pulang sebuah trofi dan wang bernilai RM35,000..

Tahniah kepada pemenang dan tidak lupa juga kepada composer dan penulis lirik..

Yang tidak menang tu, diharap akan mecuba lagi di tahun hadapan. I mean, tahun ni ar… tapi apapun, yang menang, saya ucapkan tahniah, manakala yang tidak menang, saya ucapkan tahniah juga kerana telah layak ke peringkat akhir..

Published in: on 10/01/2010 at 5:50 PM  Tinggalkan Komen  
Tags: , , ,

The URI to TrackBack this entry is: https://mizkadiah.wordpress.com/2010/01/10/keputusan-anugerah-juara-lagu-ke-24/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: