KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE-24

Terima kasih kepada pengara kita pada malam itu, iaitu Faizal Ismail, Cheril Samad dan Ally Iskandar kerana menyerikan lagi Majlis dengan beberapa gimik. Saya rasa terhibur sekali.

Persembahan pembukaan daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Lan begitu hebat sekali.

Tahniah kepada Aizat, Stacy dan Faizal Tahir kerana telah memberikan persembahan yang paling bertenaga dan memukau sekali. ( Mereka adalah peserta pilihan saya ).

Kita terus kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 iaitu…

Bagi Kategori Vokal terbaik telah dimenangi oleh Black yang membawa lagu Aku rindu sayang kamu membawa balik sebuah trofi dan wang bernilai RM10,000.

Bagi Kategori persembahan terbaik pula telah dimenangi oleh Aizat melalui lagu Kau Aku yang juga membawa pulang sebuah trofi dan wang berjumlah RM10,000.

Bagi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu pula, jatuh kepada Faizal Tahir melalui lagu Bencinta yang membawa balik sebuah trofi dan wang bernilai RM12,000.

Bagi tempat kedua Anugerah Juara Lagu pula jatuh kepada Yuna melalui lagu Dan Sebenarnya yang memenangi sebuah trofi dan wang bernilai RM15,000.

And The Winner is!!!!!!!!!!!!!!!

Aizat melalui lagu Pergi yang membawa pulang sebuah trofi dan wang bernilai RM35,000..

Tahniah kepada pemenang dan tidak lupa juga kepada composer dan penulis lirik..

Yang tidak menang tu, diharap akan mecuba lagi di tahun hadapan. I mean, tahun ni ar… tapi apapun, yang menang, saya ucapkan tahniah, manakala yang tidak menang, saya ucapkan tahniah juga kerana telah layak ke peringkat akhir..

Advertisements
Published in: on 10/01/2010 at 5:50 PM  Tinggalkan Komen  
Tags: , , ,

SENARAI JUARA LAGU YANG AKAN BERENTAP DI ANGUERAH JUARA LAGU YANG KE-24 (AJL24)

AJL-24

EMPAT belas buah lagu yang akan berentap di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) pada 10 Januari pada ahad ni di Stadium Putra Bukit ada seperti berikut:

AKU SKANDAL- AJL-24
Aku Skandal (Hujan/Noh)

TAK MUNGKIN KERNA SAYANG-AJL-24
Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/Ajai/Habsah Hassan)

BENGANG-AJL-24
Bengang (Akim/Amir/Sheikh Qalam)

MASIH JELAS-AJL-24
Masih Jelas (Hafiz/Aidit Alfian/Ad Samad)

PAKAI BUANG- AJL-24
Pakai Buang (Stacy/Edry)

KAU AKU DAN PERGI-AJL-24
Dua percalonan:
Kau Aku (Aizat)
Pergi (Aizat/Pete Teo/Amran Omar)

cinta adam dan hawa-ajl-24
Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar/Azmeer/ Loloq)


Faizal Tahir ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri


Aku Rindu Sayang Kamu (Black/Yuzai)

dan sebenarnya-ajl-24
Dan Sebenarnya (Yuna/Yuna, Paan, Efry dan Aidil)

situasi-ajl-24
Situasi (Bunkface/Sam)

rindu terhenti-ajl-24
Rindu Terhenti (Tomok/Aubrey Suwito/Tinta)

dan…

aurora-ajl-24
Aurora nyanyian Estranged ciptaan serta lirik oleh kumpulan itu sendiri

Sudahkah meramal siapa yang akan menjadi JUARA?
Lelaki atau perempuan?
Individu ataupun kumpulan?
Kita nantikan ahad ini keputusannya..